Khamis, 24 Mei 2012

Kemasukan Markah Peperiksaan OTI 2 secara online

Semua guru SKPM perlu memasukkan Markah Peperiksaan OTI 2 secara online di link seperti berikut :

EPANTAU :   https://docs.google.com

SAPS          :   http://saps.moe.gov.my/

Cuti Pertengahan Tahun

Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti mulai 25.5.2012 (Jumaat) hingga 9.6.2012. Sekolah akan dibuka semula pada 10.6.2012 (Ahad).

Sehubungan itu pihak sekolah berharap supaya kita bersama-sama menjaga keselamatan anak-anak kita terutama semasa di jalanraya, di tempat-tempat perkelahan dan di kawasan-kawasan awam. Anak-anak kita juga perlu dipantau supaya mereka tidak mengabaikan buku-buku pelajaran.

Pihak sekolah mendoakan semoga anak-anak kita semua selamat sejahtera pada sepanjang percutian tersebut.

Selamat bercuti dan berjumpa lagi di sekolah kita ini.

Sabtu, 19 Mei 2012

Guru Bertugas Minggu ini (20.5 - 24.5.2012)

En. Rosli
En. Nozeri
Pn. Sa'diah
Pn. Che Darisah
Pn. Sanisah
Pn. Sh. Maria Elena
Pn. Maziah


Keputusan Permohonan pertukaran Guru

Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Jun 2012 dikeluarkan mulai 19 Mei 2012 dan maklumat penempatan ke sekolah boleh disemak mulai 26 Mei 2012 .

klik ke link: http://apps.moe.gov.my/epgo/


Rabu, 16 Mei 2012

Sambutan Hari guru peringkat sekolah

Sambutan telah diadakan dengan meriahnya. Antara aktiviti yang disediakan ialah perhimpunan pagi, sukaneka, acara dewan dan majlis penutup.
Sebelum bersurai murid diberikan aiscream setiap seorang.





Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara online

klik http://www.moe.gov.my/naikpangkat/

1. Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara online tidak melibatkan urusan pemangkuan.
2. Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan perakuan oleh Ketua Jabatan.

Isnin, 14 Mei 2012

Guru Besar En. Mohd Kaman B Awang dalam kenangan: Januari 2011 - 30.4.2012



Karnival 1M1S

Telah diadakan pada 14.5.2012, jam 4 petang sehingga 6 petang. Acara dipertandingan ialah permainan bola baling dan bola tampar. Tahniah kepada pemenang.

Sambutan Majlis Pertukaran Tuan Guru Besar En. Mohd Kaman B Awang

Majlis Perpisahan telah diadakan pada 14 Mei 2012 di tapak perhimpunan. Majlis bermula jam 7.45 pagi. Selamat bertukar Tuan Guru Besar ke sekolah baru. Jasa tuan akan kami ingati sampai bila-bila. Terima kasih Tuan Guru Besar En. Mohd Kaman B Awang.

Sabtu, 12 Mei 2012

Jumaat, 11 Mei 2012

Peperiksaan OTI 2

Tarikh : 17 Mei 2012 sehingga 24 Mei 2012
Selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun.

Sambutan Hari Guru SKPM 2012

Tarikh : 16 Mei 2012
Hari : Rabu
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan
Tema Hari Guru : Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara.

SELAMAT HARI GURU 

Sambutan Majlis Pertukaran Guru Besar, En. Mohd Kaman B Awang

Tarikh : 14 Mei 2012
Hari : Isnin
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan
"JASAMU TETAP DIKENANG"

Rawatan Kesihatan Murid SKPM

Terima kasih kepada pihak Doktor-doktor dan jururawat-jururawat kerana sudi memberi rawatan kepada murid SKPM.

Rabu, 9 Mei 2012

Ahad, 6 Mei 2012

HARI GURU 2012 pada 16 Mei 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara.

TEMA

2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

Guru bertugas minggu ini (7.5.2012 - 10.5.2012)


En. Mansor
Pn. Hjh Azrina
Pn. Fatimah Awang
Pn. Fauziah
Cik Noor Anita

Jumaat, 4 Mei 2012

Lirik Lagu 1M1S

Mendukung cita-cita
Aspirasi negara
Membangun modal insan
Generasi cemerlang
Sukan untuk semua
Untuk kecemerlangan
Jadikan satu budaya
Demi negaraku Malaysia
1Murid 1Sukan
Sukan untuk semua
1Murid 1Sukan
Sukan untuk kecemerlangan
1Murid 1Sukan
Badan sihat otak cerdas
1Murid 1Sukan
Majulah sukan untuk Negara
Kecergasan jasmani
Sahsiah dan jati diri
Memupuk perpaduan
Gagasan 1Malaysia
1Murid 1Sukan
Sukan untuk semua
1Murid 1Sukan
Sukan untuk kecemerlangan
1Murid 1Sukan
Badan sihat otak cerdas
1Murid 1Sukan
Majulah sukan untuk negara

Khamis, 3 Mei 2012

PERTUKARAN GURU BESAR

Pertukaran dan perpisahan adalah perkara biasa. Saya bertukar ke SK Sultan Sulaiman II bermula 1 Mei 2012. Cikgu Md Sidek Besar menggantikan saya sebagai Guru Besar di SK Padang Midin.Saya memohon kemaafan daripada semua warga sekolah, PIBG, ibubapa dan komuniti sekiranya ada kesilapan dan kesalahan yang saya lakukan sepanjang mengurus SK Padang Midin. Saya doakan SKPM terus maju dan mencapai impian SKPM sebuah sekolah Kluster. Terima kasih semua.

Pemberitahuan Kajian Pemutihan Perjawatan KPM 2012

Pengemaskinian Pemutihan Perjawatan bermula pada 25 April 2012 hingga 10 Mei 2012
Sebelum membuat semakan dan pengemaskinian data pastikan anda telah mendaftar masuk bagi mendapatkan Id Pengguna dan Kata Laluan masing-masing.

Kerahsiaannya Id Pengguna dan Kata Laluan adalah di bawah tanggungjawab anda

Semua Guru hendaklah membuat semakan dan pengemaskinian data dengan menggunakan Id Pengguna dan Kata Laluan masing-masing. Sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat, sila maklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk tindakan pembetulan maklumat.
Jika masih menghadapi masalah untuk membuat pengemaskinian data, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)

Sekian dimaklumkan.

Rabu, 2 Mei 2012

Kementerian Pelajaran Tawar Jawatan Guru Cemerlang Dan Pensyarah Cemerlang


 

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama)-- Kementerian Pelajaran menawarkan pengisian jawatan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang secara khas untuk penyandang (KUP) tahun 2012.

Tawaran pensyarah cemerlang terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran yang berkhidmat sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Matrikulasi (KM) dan English Language Teaching Centre (ELTC) manakala tawaran guru cemerlang pula terbuka kepada semua guru sekolah.

Menurut kenyataan kementerian itu pada Rabu, gred jawatan yang ditawarkan pada guru sekolah adalah gred DGA32, DGA34, DGA38, DG44, DG48, DG52, DG54 dan Khas C.

Sementara itu pensyarah IPG dan IAB membabitkan gred DG48, DG52, DG54, Khas C, gred bagi pensyarah KM ialah DG48, DG52, DG54 manakala gred yang ditawarkan pada pensyarah ELTC adalah DG44, DG48, DG52 dan DG54.

"Borang permohonan serta maklumat lanjut boleh didapati dari semua Pejabat Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah serta menerusi laman web http://www.moe.gov.my/jnjk atau http://www.moe.gov.my ," menurut kenyataan itu.

Tarikh tutup permohonan 25 Mei. Permohonan dari sekolah perlu melalui Pengetua/Guru Besar sekolah masing-masing, manakala permohonan dari IAB, KM, ELTC dan IGP adalah melalui Pengarah institusi masing-masing.

-- BERNAMA

Guru Penyayang Murid Berkualiti

Slogan baru Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu " Guru Penyayang Murid Berkualiti " telah dilancarkan dengan rasminya oleh En. Zakaria bin Hussin, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu baru-baru
ini.
Beliau berharap melalui slogan baru " Guru Penyayang Murid Berkualiti " ianya mampu menjadi fokus dan teras pelaksanaan perancangan dan pelaksanaan program melalui pendekatan menghidupkan sifat serta watak " Guru Penyayang " yang sebenar-benarnya agar dengannya mampu melahirkan " Murid Berkualiti" secara holistik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular