Sabtu, 31 Disember 2011

Detik..demi detik, hari demi hari, hingga bulan demi bulan telah mengusung banyak cerita, suka..duka..menjadi warna nyata dalam hidup kita, tapi biarkan semua menjadi kenangan yang terpahat, kini tahun baru telah menyambut kita, saatnya kita mengemas kegagalan menjadi kejayaan, kita buka lembaran kisah baru dengan semangat dan keceriaan.
Selamat Tahun Baru 2012 dan Selamat Kembali Ke SeKoLah...
Malam ini akan berlalu, minggu ini akan beranjak, bulan ini akan pergi, tahun ini akan meninggalkan. Sejarah kehidupan, catatan suka dan duka, menyongsong tahun baru. Selamat tahun baru 2012. Semoga selalu berjaya dan sejahtera kepada semua warga SKPM 

Jumaat, 30 Disember 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah dilalui. Coretan demi coretan telah memenuhi, kadang tak bererti, kadang tanpa makna, atau hanya sedikit makna. Semoga di tahun ini setiap lembaran memiliki makna, setiap lembaran bermanfaat. Selamat tahun baru 2012. Semoga lebih berjaya dari tahun-tahun sebelumnya! amin…!

Peringatan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Sekolah Kali Pertama 2012

Kepada semua guru,
SK Padang Midin.

Peringatan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Sekolah Kali Pertama 2012 akan diadakan seperti berikut:

   Tarikh : 1 Januari 2012
   Masa : 9.00 pagi
   Tempat : Bilik Tayang.

Sehubungan dengan itu, tuan/ puan dijemput hadir ke mesyurat tersebut.
Kerjasama dan perhatian pihak tuan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Khamis, 29 Disember 2011




Bantuan Khas Awal Persekolahan sebanyak RM100

Sekolah hampir bermula. Pihak sekolah menasihatkan kepada ibu bapa berbelanja dan menyediakan persiapan persekolahan anak-anak bagi sesi 2012 sebaik mungkin. Bantuan RM100 telah diterima sebelum cuti sekolah yang lalu.
Diharapkan Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan sebanyak RM100 yang diberikan kepada setiap murid itu benar-benar membantu meringankan beban untuk membeli barangan persekolahan nanti. Namun wang tersebut bukanlah 'tiket' untuk ibu bapa berbelanja secara boros.

~~~~SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH~~~~


Rabu, 28 Disember 2011


Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid SK Padang Midin. Semoga tahun 2012 membawa lebih kejayaan dari tahun sebelum.




Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012

TAHNIAH diucapkan kepada murid SKPM yang berjaya terpilih menerima Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012. Selamat mendaftar di sekolah baru.

Isu SBPA

Markah prestasi untuk kenaikan gaji dan markah pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) diselaraskan. JPA bersetuju untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) daripada 75 kepada 65.

Isnin, 26 Disember 2011

Standard Guru Malaysia (SGM)

Sila ambik maklum kepada semua guru SKPM diminta melengkapkan data Standard Guru Malaysia (SGM) sebelum 31.12.2011. Kerjasama dari semua guru amat dihargai. Terima Kasih.

Sila layari laman web: http://apps.moe.gov.my/sgm
      nama pengguna : IC
      katalaluan : angka 4 digit IC terakhir

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam, SBPA

TAHNIAH kepada semua guru dan kakitangan SKPM kerana menandatangan borang opsyen SBPA pada hari ini 26.12.2011. Selamat Datang ke Opsyen SBPA bermula 2012.

Taklimat mengenai skim ini telah disampaikan sendiri oleh Tuan Guru Besar SKPM, En. Mohd Kaman B Awang bertempat di Bilik Tayangan sekolah. Taklimat bermula jam 9.00 pagi disusuli dengan sesi soaljawab dan menandatangani borang akuan penerimaan

Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA 2012) bakal dinikmati oleh kakitangan awam dengan menawarkan faedah dan insentif baru termasuk skim gaji serta prospek perjawatan yang lebih baik. Skim SBPA itu turut membabitkan kenaikan gaji setara dengan gred kenaikan pangkat walaupun tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong bagi pegawai yang diiktiraf sebagai pakar dalam sesuatu bidang.
Kepada guru yang memilih opsyen persaraan umur 60 tahun selamat berkhidmat sehingga opsyen maksimum.

Jumaat, 23 Disember 2011

Tarikh terima opsyen SBPA dilanjut ke 15 Januari - JPA

PUTRAJAYA 23 Dis. - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam kepada 15 Januari depan, kata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Dr. Ismail Alias.
Beliau yang mengumumkan perkara itu berkata, bagaimanapun tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan 60 tahun kekal pada 30 Disember ini.
"Kita akan meneruskan SBPA, dan sebenarnya Cuepacs tidak menolak SBPA.
“Opsyen yang kita beri itu, ada dua. Pertama, opsyen umur persaraan 60 tahun itu tetap pada 30 Disember tarikh tutupnya kerana ia melibatkan banyak isu perundangan.
"Manakala opsyen SBPA, memandangkan tempoh itu agak terdesak, JPA bersetuju supaya ia dilanjutkan kepada 15 Januari depan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan rundingan dengan Cuepacs yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Omar Osman, di ibu pejabat JPA di sini hari ini. - BERNAMA

Isnin, 19 Disember 2011

SELAMAT BERTUKAR

Kami warga SKPM mengucapkan selamat bertukar kepada Ustazah Hasnah Bt Salleh ke sekolah baru berkuatkuasa pada 16.12.2011. Jasa dan bakti anda di SKPM amat dihargai. Selamat maju jaya di sekolah baru nanti.

SELAMAT BERTUKAR

Kami warga SKPM mengucapkan selamat bertukar kepada Ustaz Aziz ke sekolah baru berkuatkuasa pada 16.12.2011. Jasa dan bakti anda di SKPM amat dihargai. Selamat maju jaya di sekolah baru nanti.

e-ALUMNI SKPM

SK Padang Midin telah membina satu sistem e-ALUMNI. Sistem e-ALUMNI bertujuan mengumpul data bekas murid SK Padang Midin semenjak SKPM ditubuhkan. Kepada murid yang pernah belajar di SKPM anda dijemput untuk mendaftar sebagai ahli ALUMNI SKPM. Sila klik pada menu e-ALUMNI untuk mendaftar.

Ahad, 18 Disember 2011

Rayuan Kemasukan ke Tingkatan Satu, Sekolah Berasrama Penuh, KPM bagi sesi 2012.

Sukacita dimaklumkan talian e-rayuan dibuka kepada permohonan yang tidak berjaya dan ingin mengemukakan rayuan dari 14 Disember 2011 sehingga 4 Januari 2012.

Sila klik di sini untuk memasuki laman e-rayuan

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012 boleh dibuat mulai 14 Disember 2011 hingga 5 Januari 2012 di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Sabtu, 17 Disember 2011

Makluman : Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)
Postmaster Kementerian Pelajaran Malaysia
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, Sukacita dimaklumkan bahawa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dicapai mulai 16 Disember 2011 hingga 31 Disember 2011, melalui laman web KPM iaitu www.moe.gov.my
Fri 5:15 PM
Sukacita dimaklumkan bahawa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dicapai mulai 16 Disember 2011 hingga 31 Disember 2011, melalui laman web KPM iaitu www.moe.gov.my  ataupun melalui http://sbpa1.jpa.gov.my/opsyenmoe/ atau http://sbpa2.jpa.gov.my/opsyenmoe/.  Untuk memasuki sistem SBPA  Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan hanya perlu memasukkan:-

  ID Pengguna: Sila masukkan No Kp anda
  Katalaluan    : Sila masukkan katalaluan anda sama seperti katalaluan  HRMIS  

Sekiranya Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan tidak pernah menggunakan aplikasi HRMIS Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh menggunakan No. Kp sebagai  menggantikan ID Pengguna dan katalaluan untuk memasuki sistem SBPA.

2.         Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh mencetak surat tawaran opsyen SBPA setelah maklumat perkhidmatan Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan disahkan oleh pengurus sumber manusia di agensi masing-masing.

3.         Sebarang pertanyaan mengenai maklumbalas SBPA Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan bolehlah menghubungi talian seperti di bawah:-

                                    Talian Helpdesk Hotline SBPA
                                    Tel   : 03-8884 7137/7189/7038
                                    Emel  : sbpa@moe.gov.my

                                    Hotline Teknikal
                                    Pasukan Aplikasi : 03-8316 4134/4135
                                    Pasukan Server   : 03-8316 4119/4120/4105
                                    Emel Teknikal  : helpdesk_sbpa@jpa.gov.my 


Sekian dan terima kasih.
Sumber: unitrendahspsjpnt

Rabu, 14 Disember 2011

Taklimat Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA)

Kepada semua guru SKPM, satu taklimat SBPA akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 26.12.2011
Hari : Isnin
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Tayang

Kehadiran adalah wajib.

Isnin, 12 Disember 2011

ALUMNI SKPM

Kepada Bekas Murid SKPM:

ANDA DIJEMPUT MENDAFTAR SEBAGAI
"Komuniti Alumni dan Sahabat SKPM "
Join kami di Facebook SK Padang Midin

STANDARD GURU MALAYSIA (SGM)

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

Sila layari laman web: http://www.moe.gov.my/sgm
Tempoh pengoperasian SGM dalam talian ini akan berlansung sehingga 31.12.2011

Pengumuman penting

Makluman kepada semua guru dan kakitangan Sek. Keb. Padang Midin, tarikh menandatangan borang opsyen SBPA adalah pada 16/12/2011 sehingga 25/12/2011 di pejabat sekolah.

Sebarang masalah atau pertanyaann berkenaan SBPA pihak tuan boleh menghubungi talian hotline KPM 03-88847189 @ http://www.moe.gov.my/sbpa/ .


Tuan/Puan,
Berikut merupakan pekeliling perkhidmatan yang boleh dimuat turun. Sila klik pada link di bawah untuk memuat turun pekeliling yang berkaitan:
http://www.moe.gov.my/sbpa/guru/index.html



Ahad, 11 Disember 2011

Corat Coret SKPM 2011



Pemindahan Gred Jawatan

Pencalonan Sekolah Kluster tahun 2012

TAHNIAH diucapkan kepada Sekolah Kebangsaan Padang Midin yang diterajui oleh Tuan Guru Besar En. Mohd Kaman B Awang kerana terpilih sebagai calon SEKOLAH KLUSTER bagi tahun 2012.


           Sejenak SKPM:- Pada tarikh 15 September 1945, sebuah pondok pengajian kecil telah dibina di kawasan berpaya yang dipenuhi dengan paku-pakis dan tumbuhan liar. Pembinaan pondok pengajian ini bertujuan memberi pendidikan awal kepada penduduk setempat. Kemudian pondok pengajian ini diberi nama Sekolah Melayu Padang Midin sempena dengan nama kampung di situ iaitu Kampung Padang Midin. Sekolah ini didaftarkan secara rasmi pada 13 hb Jun 1960.        
      
               Kini sekolah SKPM telah berdiri megah dengan kapasiti murid seramai 1080 setiap tahun dan guru seramai 66 orang dengan staf sokongan seramai 8 orang.

Penambahan Guru

Tahun 2012 sekolah SKPM akan menerima penambahan 3 orang guru yang akan mula berkhidmat pada 1.1.2012. Selamat bertugas di sekolah SKPM. Kehadiran tuan puan amat dinantikan.

Gerhana Bulan Penuh 10.12.2011

10.12.2011 Gerhana bulan penuh yang terakhir pada tahun ini bermula pukul 7.35 malam hingga 1.30 pagi.
Fenomena itu hanya dapat disaksikan semula oleh rakyat Malaysia pada 2014.

Rabu, 7 Disember 2011

Semakan kemasukan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Elit Negeri Terengganu 2012

Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Elit Negeri Terengganu
(SMK Mak Lagam dan SMK Lembah Bidong) boleh dibuat pada:

Tarikh : 16 Disember 2011
Hari     : Jumaat, mulai pukul 12.00 tengah hari
Di web:  http://www.moe.gov.my/jpnterengganu/semakt1 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular