Sabtu, 31 Disember 2011

Detik..demi detik, hari demi hari, hingga bulan demi bulan telah mengusung banyak cerita, suka..duka..menjadi warna nyata dalam hidup kita, tapi biarkan semua menjadi kenangan yang terpahat, kini tahun baru telah menyambut kita, saatnya kita mengemas kegagalan menjadi kejayaan, kita buka lembaran kisah baru dengan semangat dan keceriaan.
Selamat Tahun Baru 2012 dan Selamat Kembali Ke SeKoLah...
Malam ini akan berlalu, minggu ini akan beranjak, bulan ini akan pergi, tahun ini akan meninggalkan. Sejarah kehidupan, catatan suka dan duka, menyongsong tahun baru. Selamat tahun baru 2012. Semoga selalu berjaya dan sejahtera kepada semua warga SKPM 

Jumaat, 30 Disember 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah dilalui. Coretan demi coretan telah memenuhi, kadang tak bererti, kadang tanpa makna, atau hanya sedikit makna. Semoga di tahun ini setiap lembaran memiliki makna, setiap lembaran bermanfaat. Selamat tahun baru 2012. Semoga lebih berjaya dari tahun-tahun sebelumnya! amin…!

Peringatan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Sekolah Kali Pertama 2012

Kepada semua guru,
SK Padang Midin.

Peringatan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Sekolah Kali Pertama 2012 akan diadakan seperti berikut:

   Tarikh : 1 Januari 2012
   Masa : 9.00 pagi
   Tempat : Bilik Tayang.

Sehubungan dengan itu, tuan/ puan dijemput hadir ke mesyurat tersebut.
Kerjasama dan perhatian pihak tuan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Khamis, 29 Disember 2011




Bantuan Khas Awal Persekolahan sebanyak RM100

Sekolah hampir bermula. Pihak sekolah menasihatkan kepada ibu bapa berbelanja dan menyediakan persiapan persekolahan anak-anak bagi sesi 2012 sebaik mungkin. Bantuan RM100 telah diterima sebelum cuti sekolah yang lalu.
Diharapkan Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan sebanyak RM100 yang diberikan kepada setiap murid itu benar-benar membantu meringankan beban untuk membeli barangan persekolahan nanti. Namun wang tersebut bukanlah 'tiket' untuk ibu bapa berbelanja secara boros.

~~~~SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH~~~~


Rabu, 28 Disember 2011


Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid SK Padang Midin. Semoga tahun 2012 membawa lebih kejayaan dari tahun sebelum.




Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012

TAHNIAH diucapkan kepada murid SKPM yang berjaya terpilih menerima Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012. Selamat mendaftar di sekolah baru.

Isu SBPA

Markah prestasi untuk kenaikan gaji dan markah pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) diselaraskan. JPA bersetuju untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) daripada 75 kepada 65.

Isnin, 26 Disember 2011

Standard Guru Malaysia (SGM)

Sila ambik maklum kepada semua guru SKPM diminta melengkapkan data Standard Guru Malaysia (SGM) sebelum 31.12.2011. Kerjasama dari semua guru amat dihargai. Terima Kasih.

Sila layari laman web: http://apps.moe.gov.my/sgm
      nama pengguna : IC
      katalaluan : angka 4 digit IC terakhir

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam, SBPA

TAHNIAH kepada semua guru dan kakitangan SKPM kerana menandatangan borang opsyen SBPA pada hari ini 26.12.2011. Selamat Datang ke Opsyen SBPA bermula 2012.

Taklimat mengenai skim ini telah disampaikan sendiri oleh Tuan Guru Besar SKPM, En. Mohd Kaman B Awang bertempat di Bilik Tayangan sekolah. Taklimat bermula jam 9.00 pagi disusuli dengan sesi soaljawab dan menandatangani borang akuan penerimaan

Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA 2012) bakal dinikmati oleh kakitangan awam dengan menawarkan faedah dan insentif baru termasuk skim gaji serta prospek perjawatan yang lebih baik. Skim SBPA itu turut membabitkan kenaikan gaji setara dengan gred kenaikan pangkat walaupun tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong bagi pegawai yang diiktiraf sebagai pakar dalam sesuatu bidang.
Kepada guru yang memilih opsyen persaraan umur 60 tahun selamat berkhidmat sehingga opsyen maksimum.

Jumaat, 23 Disember 2011

Tarikh terima opsyen SBPA dilanjut ke 15 Januari - JPA

PUTRAJAYA 23 Dis. - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam kepada 15 Januari depan, kata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Dr. Ismail Alias.
Beliau yang mengumumkan perkara itu berkata, bagaimanapun tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan 60 tahun kekal pada 30 Disember ini.
"Kita akan meneruskan SBPA, dan sebenarnya Cuepacs tidak menolak SBPA.
“Opsyen yang kita beri itu, ada dua. Pertama, opsyen umur persaraan 60 tahun itu tetap pada 30 Disember tarikh tutupnya kerana ia melibatkan banyak isu perundangan.
"Manakala opsyen SBPA, memandangkan tempoh itu agak terdesak, JPA bersetuju supaya ia dilanjutkan kepada 15 Januari depan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan rundingan dengan Cuepacs yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Omar Osman, di ibu pejabat JPA di sini hari ini. - BERNAMA

Isnin, 19 Disember 2011

SELAMAT BERTUKAR

Kami warga SKPM mengucapkan selamat bertukar kepada Ustazah Hasnah Bt Salleh ke sekolah baru berkuatkuasa pada 16.12.2011. Jasa dan bakti anda di SKPM amat dihargai. Selamat maju jaya di sekolah baru nanti.

SELAMAT BERTUKAR

Kami warga SKPM mengucapkan selamat bertukar kepada Ustaz Aziz ke sekolah baru berkuatkuasa pada 16.12.2011. Jasa dan bakti anda di SKPM amat dihargai. Selamat maju jaya di sekolah baru nanti.

e-ALUMNI SKPM

SK Padang Midin telah membina satu sistem e-ALUMNI. Sistem e-ALUMNI bertujuan mengumpul data bekas murid SK Padang Midin semenjak SKPM ditubuhkan. Kepada murid yang pernah belajar di SKPM anda dijemput untuk mendaftar sebagai ahli ALUMNI SKPM. Sila klik pada menu e-ALUMNI untuk mendaftar.

Ahad, 18 Disember 2011

Rayuan Kemasukan ke Tingkatan Satu, Sekolah Berasrama Penuh, KPM bagi sesi 2012.

Sukacita dimaklumkan talian e-rayuan dibuka kepada permohonan yang tidak berjaya dan ingin mengemukakan rayuan dari 14 Disember 2011 sehingga 4 Januari 2012.

Sila klik di sini untuk memasuki laman e-rayuan

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012 boleh dibuat mulai 14 Disember 2011 hingga 5 Januari 2012 di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Sabtu, 17 Disember 2011

Makluman : Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)
Postmaster Kementerian Pelajaran Malaysia
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, Sukacita dimaklumkan bahawa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dicapai mulai 16 Disember 2011 hingga 31 Disember 2011, melalui laman web KPM iaitu www.moe.gov.my
Fri 5:15 PM
Sukacita dimaklumkan bahawa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dicapai mulai 16 Disember 2011 hingga 31 Disember 2011, melalui laman web KPM iaitu www.moe.gov.my  ataupun melalui http://sbpa1.jpa.gov.my/opsyenmoe/ atau http://sbpa2.jpa.gov.my/opsyenmoe/.  Untuk memasuki sistem SBPA  Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan hanya perlu memasukkan:-

  ID Pengguna: Sila masukkan No Kp anda
  Katalaluan    : Sila masukkan katalaluan anda sama seperti katalaluan  HRMIS  

Sekiranya Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan tidak pernah menggunakan aplikasi HRMIS Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh menggunakan No. Kp sebagai  menggantikan ID Pengguna dan katalaluan untuk memasuki sistem SBPA.

2.         Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh mencetak surat tawaran opsyen SBPA setelah maklumat perkhidmatan Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan disahkan oleh pengurus sumber manusia di agensi masing-masing.

3.         Sebarang pertanyaan mengenai maklumbalas SBPA Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan bolehlah menghubungi talian seperti di bawah:-

                                    Talian Helpdesk Hotline SBPA
                                    Tel   : 03-8884 7137/7189/7038
                                    Emel  : sbpa@moe.gov.my

                                    Hotline Teknikal
                                    Pasukan Aplikasi : 03-8316 4134/4135
                                    Pasukan Server   : 03-8316 4119/4120/4105
                                    Emel Teknikal  : helpdesk_sbpa@jpa.gov.my 


Sekian dan terima kasih.
Sumber: unitrendahspsjpnt

Rabu, 14 Disember 2011

Taklimat Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA)

Kepada semua guru SKPM, satu taklimat SBPA akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 26.12.2011
Hari : Isnin
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Tayang

Kehadiran adalah wajib.

Isnin, 12 Disember 2011

ALUMNI SKPM

Kepada Bekas Murid SKPM:

ANDA DIJEMPUT MENDAFTAR SEBAGAI
"Komuniti Alumni dan Sahabat SKPM "
Join kami di Facebook SK Padang Midin

STANDARD GURU MALAYSIA (SGM)

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

Sila layari laman web: http://www.moe.gov.my/sgm
Tempoh pengoperasian SGM dalam talian ini akan berlansung sehingga 31.12.2011

Pengumuman penting

Makluman kepada semua guru dan kakitangan Sek. Keb. Padang Midin, tarikh menandatangan borang opsyen SBPA adalah pada 16/12/2011 sehingga 25/12/2011 di pejabat sekolah.

Sebarang masalah atau pertanyaann berkenaan SBPA pihak tuan boleh menghubungi talian hotline KPM 03-88847189 @ http://www.moe.gov.my/sbpa/ .


Tuan/Puan,
Berikut merupakan pekeliling perkhidmatan yang boleh dimuat turun. Sila klik pada link di bawah untuk memuat turun pekeliling yang berkaitan:
http://www.moe.gov.my/sbpa/guru/index.html



Ahad, 11 Disember 2011

Corat Coret SKPM 2011



Pemindahan Gred Jawatan

Pencalonan Sekolah Kluster tahun 2012

TAHNIAH diucapkan kepada Sekolah Kebangsaan Padang Midin yang diterajui oleh Tuan Guru Besar En. Mohd Kaman B Awang kerana terpilih sebagai calon SEKOLAH KLUSTER bagi tahun 2012.


           Sejenak SKPM:- Pada tarikh 15 September 1945, sebuah pondok pengajian kecil telah dibina di kawasan berpaya yang dipenuhi dengan paku-pakis dan tumbuhan liar. Pembinaan pondok pengajian ini bertujuan memberi pendidikan awal kepada penduduk setempat. Kemudian pondok pengajian ini diberi nama Sekolah Melayu Padang Midin sempena dengan nama kampung di situ iaitu Kampung Padang Midin. Sekolah ini didaftarkan secara rasmi pada 13 hb Jun 1960.        
      
               Kini sekolah SKPM telah berdiri megah dengan kapasiti murid seramai 1080 setiap tahun dan guru seramai 66 orang dengan staf sokongan seramai 8 orang.

Penambahan Guru

Tahun 2012 sekolah SKPM akan menerima penambahan 3 orang guru yang akan mula berkhidmat pada 1.1.2012. Selamat bertugas di sekolah SKPM. Kehadiran tuan puan amat dinantikan.

Gerhana Bulan Penuh 10.12.2011

10.12.2011 Gerhana bulan penuh yang terakhir pada tahun ini bermula pukul 7.35 malam hingga 1.30 pagi.
Fenomena itu hanya dapat disaksikan semula oleh rakyat Malaysia pada 2014.

Rabu, 7 Disember 2011

Semakan kemasukan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Elit Negeri Terengganu 2012

Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Elit Negeri Terengganu
(SMK Mak Lagam dan SMK Lembah Bidong) boleh dibuat pada:

Tarikh : 16 Disember 2011
Hari     : Jumaat, mulai pukul 12.00 tengah hari
Di web:  http://www.moe.gov.my/jpnterengganu/semakt1 

Rabu, 30 November 2011

Mesyuarat Pengurusan Kali Pertama 2012 SK Padang Midin

Semua guru SKPM diwajibkan hadir ke Mesyuarat Pengurusan Kali Pertama 2012 SK Padang Midin seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 1 Januari 2012
Hari : Ahad
Tempat : Bilik Mesyuarat
Masa : 8.30 pagi

Selasa, 29 November 2011

Isnin, 28 November 2011

Tugasan Guru Masa Cuti Akhir Tahun

Semua Guru SKPM perlu bertugas semasa Cuti Akhir Tahun 2011 mengikut jadual yang disediakan. Jadual guru bertugas telah diedarkan.
Antara arahan ketika bertugas :
  1. Waktu bertugas 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
  2. Membuat pemantauan dan pelaporan pada buku yang disediakan.
  3. Mengambil tindakan jika ada keperluan perkhidmatan.
  4. Melapor kepada pihak pentadbiran sekolah kes-kes ad hoc atau kecemasan.
  5. Menerima arahan daripada pihak pentadbir dari masa ke semasa.

TaHniAh


Ucapan selamat untuk yang baru pulang menunaikan haji kepada:
  1. Tn. Hj Saidi B Salleh
  2. Tn. Hj Ahmad Faridhilmi B Muhamad Bakri
  3. Pn. Hjh. Sharifah Kamariah Bt Tuan Ngah
  4. Pn. Hjh Rohani Bt Mohammad

Jumaat, 25 November 2011

SELAMAT BERTUKAR

Kami warga SKPM mengucapkan tahniah di atas permohonan Pn. Fuspalaily @ Faizah Bt Ismail untuk bertukar sekolah bagi sesi 2012 telah pun berjaya. Jasa dan bakti anda di SKPM amat dihargai. Selamat maju jaya di sekolah baru nanti.

Khamis, 24 November 2011

Salam Awal Muharam Dan Maal Hijrah 1433 H

Selamat menyambut Awal Muharam Dan Maal Hijrah 1433 H, 27.11.2011.

Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433.

Isnin, 21 November 2011

Selamat Bersara Tuan Pengarah JPNT

Kami warga SKPM mengucapkan selamat bersara kepada Tuan Pengarah JPNT Yang Berbahagia En. Razali Bin Daud. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia.

<<SELAMAT BERSARA>>

Khamis, 17 November 2011

Cuti Sekolah 18.11.11 - 2.1.2012

Bermula 18.11.11 (Jumaat) Cuti Sekolah bermula lagi. Kepada semua murid SKPM selamat bercuti. Gunakan masa cuti sebaiknya.

Taniah kepada 29 calon UPSR berjaya mendapat 5A

Seramai 29 calon UPSR 2011 berjaya mendapat 5A. Taniah dan syabas diucapkan kepada semua.

Rabu, 16 November 2011

Proses Pemberian Wang Bantuan Persekolahan 2012

Terima kasih kepada semua ibu bapa penjaga di atas kerjasama yang baik sepanjang proses Pemberian Wang Bantuan Persekolahan 2012.

Isnin, 14 November 2011

VICO masuk sekolah

Air Minuman VICO telah berbesar hati menyediakan minuman percuma kepada murid-murid SKPM pada hari ini(14.11.11). Terima Kasih tidak terhingga kepada pihak VICO.

Bantuan Baharu Persekolahan

PROSES PEMBAYARAN RM 100 KEPADA SEMUA PELAJAR SEKOLAH SKPM AKAN DILAKUKAN PADA 15.11.11. SEMUA IBU BAPA PENJAGA BOLEH MENDAPATKAN BAYARAN MULAI TARIKH TERSEBUT. HARAP MAKLUM.

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG KO-KURIKULUM

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG KO-KURIKULUM.
 Ucapan Setingg-tinggi Penghargaan
Dan Terima Kasih kepada:
Guru Besar SKPM,
Guru-Guru Penolong Kanan,
Staf Akademik Dan Bukan Akademik,
 Murid-Murid SKPM dan
semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan majlis ini.
Sekian, Terima Kasih.


Ahad, 13 November 2011

Keputusan UPSR

Majlis Jamuan Tahun 6

Majlis Jamuan Tahun 6 telah diadakan :-
   Tarikh: 13.11.11
   Jam 11.00 pagi
   Bertempat : Dewan Ibnu Sina

Sehari Bersama Majlis Khatam Al-Quran SKPM 2011

Sehari Bersama Majlis Khatam Al-Quran SKPM 2011. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis Khatam Al-Quran SKPM 2011 dengan jayanya.


Jumaat, 11 November 2011

Penangguhan Bantuan Baharu Persekolahan

Kepada Ibu Bapa/ Penjaga SKPM,

Penangguhan Bantuan Baharu Persekolahan 2012.

PENANGGUHAN PROSES PEMBAYARAN RM 100 KEPADA PELAJAR SEKOLAH PADA 14.11.11 TEPAKSA DILAKUKAN DISEBABKAN MASALAH YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. TARIKH BARU PROSES PEMBAYARAN AKAN DIBERITAHU KELAK.

Khamis, 10 November 2011

Skim Pinjaman Buku Teks SKPM

Penghantaran dan agihan buku teks akan dilakukan pada 14.11.2011. Kerjasama dari semua pihak amat dihargai. Terima kasih.

Cuti Peristiwa 13.11.2011

Kepada semua murid pra, tahun 1- tahun 5: Cuti Peristiwa sempena majlis khatam Al-Quran peringkat sekolah tahun 2011 pada 13.11.2011 (Ahad).

Sekolah akan dibuka semula ada 14.11.2011(Isnin).

Rabu, 9 November 2011

Majlis Jamuan Makan Akhir Tahun Pengawas-Pengawas SKPM 2011

Majlis Jamuan Makan Akhir Tahun Pengawas-Pengawas SKPM 2011 terdiri daripada Pengawas Disiplin dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah diadakan seperti berikut :

Tarikh: 9.11.11(Rabu)
Masa: 2.00 petang
Tempat: A&W Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu


Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ko-Kurikulum

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ko-Kurikulum akan diadakan seperti berikut:

           Tarikh: 14.11.11(Isnin)
           Masa: 7.45 pagi
           Tempat: SKPM

Seramai 120 orang murid terpilih menerima anugerah pada hari tersebut. Syabas dan taniah diucapkan.

Aturcara Majlis :
  07.45 Pagi  : Guru dan Murid Berkumpul
  08.00 Pagi  : Ucapan Pengerusi Majlis
                    : Bacaan Doa
                    : Ucapan Guru Besar
  08.15 Pagi   : Majlis Penyampaian Hadiah
  09.00 Pagi   : Majlis bersurai
  01.15 t/hari : Dijemput semua Guru ke Majlis Jamuan makan bersama penerima   
                      anugerah.


Selasa, 8 November 2011

Majlis Khatam Al-Quran SKPM 2011

Majlis Khatam Al-Quran SKPM 2011 akan diadakan seperti berikut:
           Tarikh: 13.11.11
           Masa: 8.00 pagi
           Tempat: Masjid Padang Midin

Semua guru dan AJK PIBG dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Majlis Khatam Al-Quran SKPM 2011.
Seramai 112 murid tahun 6 telah berjaya Khatam Al-Quran bagi tahun 2011. Syabas dan taniah diucapkan.

Aturcara Majlis :
  7.45 pagi : Pendaftaran murid
  8.30 pagi : Ucapan pengerusi
                   Bacaan Doa
                   Ucapan Perasmian oleh Tuan Guru Besar SKPM

  9.00 pagi : Majlis Khatam (Bacaan Al-Quran)
  10.00 pagi : Penyampaian hadian dan Cenderahati
  10.30 pagi : Bersurai

Jumaat, 4 November 2011

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha pada 6-7/11/2011 kepada semua warga SKPM.

Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Isnin, 31 Oktober 2011

Pembacaan Pemangkin 1 Malaysia 2011

Pembacaan Pemangkin 1 Malaysia 2011 di rasmikan oleh Tuan Guru Besar En. Mohd Kaman B Awang

Sabtu, 29 Oktober 2011

Isnin, 24 Oktober 2011

Majlis Khatam Program Pintar Al-Quran 2011 Pra Sekolah

22.10.2011, Seramai 8 orang murid SKPM telah terpilih ke Majlis Khatam Program Pintar Al-Quran Kanak-kanak Tadika peringkat negeri di Stadium Tertutup Kompleks Sukan di Gong Badak, Kuala Terengganu dan dirasmikan oleh YAB Dato Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu.

Seramai 7,930 kanak-kanak tadika di seluruh negeri telah menyertai program tersebut yang menggabungkan pelajar-pelajar tadika empat jabatan iaitu Yayasan Islam Terengganu (YIT), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNTr) serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Kemaskini Data Hrmis

Kepada semua guru SKPM sila kemaskini data Hrmis sebelum 20.11.2011 di web : https://hrmisone.eghrmis.gov.my

Antara yang perlu dikemaskini di dalam menu Pengurusan Rekod Peribadi:

1. Rekod Peribadi
2. Pengistiharan Harta

*Mana-mana guru yang belum memperbaharui data Pengistiharan Harta sila isi borang pengistiharan harta dan hantarkan ke pejabat SKPM dengan segera.  Pengistiharan Harta perlu dilakukan selama 5 tahun sekali.

Sekian Terima Kasih. Kerjasama dari semua guru amat dihargai.

Peperiksaan OTI 6

Kepada semua murid tahun 1 hingga tahun 6
Peperiksaan OTI 6 akan bermula pada 30.10.2011.

Sabtu, 15 Oktober 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular